Sunday, 12 November 2017

VIDEO STOP MOTION (ANAK ITIK TOKWI) OLEH AFIQAH AIMAN

November 12, 2017 5 Comments
sumber ; google image





Dinyanyikan oleh Alif dan Mimi
Album : Mari bernyanyi bersama Alif dan Mimi


Haa! Lagu anak itik kembali mngimbau kenanangan anda. Lagu “Anak Itik Tokwi” ini berbentuk hiburan. Untuk memberi kelainan bagi lagu ini kami telah menggunakan kaedah “STOP MOTION” supaya lebih menarik dan terhibur. Tugasan ini diberikan pada minggu ke -8 dan harus dipersembahkan pada minggu ke-9. .  Kami menggunakan kelima-lima elemen multimedia seperti teks, animasi, grafik, warna dan audio. 

Wednesday, 18 October 2017

LAGU RAKYAT ( NENEK SI BONGKOK TIGA ) OLEH AMIRA NOOR

October 18, 2017 12 Comments



TAJUK : NENEK SI BONGKOK TIGA
SUMBER : https://www.youtube.com/watch?v=lDCp95PNb88


HAA ! untuk tugasan ini kami di arahkan untuk membuat video pendek berkaitan dengan lagu rakyat ! lagu rakyat ini berbentuk hiburan. Lagu yang kami pilih ialah "nenek si bongkok tiga" . yang MENARIKNYA video ini dilakonkan sendiri oleh kami.

Kami multimediakan menggunakan kelima-lima elemen multimedia (audio, video, teks, grafik,). Aplikasi yang digunakan untuk membuat video ini ialah "movie maker"

Nenek si bongkok tiga ini mengingatkan kembali di zaman kita semasa kanak-kanak. seronok bukan bermain permainan ini? Mesti anda semua pernah bermain permainan ini dan menjadi nenek bukan ?  Marilah kita dengar lagu ini untuk mengambalikan nostalgia kita zaman dahulu. 

Friday, 13 October 2017

KRITIKAN E-SASTERA [Dalam Pelukan Wanita Sedar] OLEH NURAISHA

October 13, 2017 4 Comments
Kritikan Sastera (Cerpen)

[Dalam Pelukan Wanita Sedar (1947) - Keris Mas]

PENGKRITIK : NURAISHA FAZILAH
 

Latar Belakang Keris Mas
            Keris Mas atau nama penuhnya Kamaluddin Muhamad adalah merupakan seorang tokoh dalam bidang penulisan dan kesusasteraan yang pertama kalinya dianugerahkan gelaran ‘Sasterawan Negara’. Beliau menerima anugerah tersebut pada 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen. Kamaluddin Muhamad (Keris Mas) telah dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong Pahang. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong, Tawalih School, Sumatera, Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera dan Pitman College, Singapura. Dalam bidang penulisan dia juga menggunakan nama pena Keris Mas, Aku, K.M. Kamal, Kamaluddin M. dan Mister X. Beliau menghasilkan banyak novel dan cerpen antaranya ‘Dalam Pelukan Wanita Sedar’. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1992 ketika usianya 70 tahun.



Sinopsis Ringkas Cerpen

            Cerpen karya Keris Mas yang bertajuk ‘Dalam Pelukan Wanita Sedar’ menceritakan kisah seorang pemuda melayu yang menaruh hati terhadap seorang wanita yang juga tinggal di kampung yang sama dengannya. Disebabkan terlalu mencintai wanita tersebut, pemuda itu mempunyai suatu ‘penyakit’ yang tidak dapat disembuhkan melainkan dia menyatakan perasaan cintanya kepada wanita terbabit. Atas nasihat kawan baik pemuda itu, dia mengirimkan sepucuk surat kepada wanita yang dicintainya untuk menyatakan perasaannya yang selama ini terpendam. Tetapi malangnya cinta pemuda itu ditolak kerana wanita itu lebih mencintai bangsa dan negara disebabkan dia berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu bersama wanita-wanita lain dalam Angkatan Wanita Sedar. Pemuda itu akhirnya membawa diri ke Singapura untuk mendapatkan pekerjaan selepas cintanya ditolak. Di Singapura, orang putih telah melakukan penindasan terhadap pekerja-pekerja dan pemuda inilah yang telah mengetuai mogok dalam cubaan untuk menghentikan penindasan ini. Setelah mengetahui Angkatan Wanita Sedar akan berkongres di Singapura pemuda itu tidak sabar menemui wanita yang tetap dicintainya walaupun cintanya pernah ditolak. Namun, dia mendapat pengkhabaran bahawa wanita itu telak menarik diri daripada perjuangan itu. Pemuda itu pun pulang ke kampung dan berjumpa dengan wanita itu untuk megetahui sebab wanita itu menarik diri daripada persatuan tersebut. Wanita itu menyatakan biarlah dia menjadi ‘pejuang’ di belakang pemuda itu sebagai suri rumah tangga yang selalu menyokong perjuangan pemuda itu untuk menentang penjajah setelah mengetahui pemuda itu mengetuai mogok tersebut ketika di Singapura.


            Cerpen yang ditulis oleh Keris Mas ini dihasilkan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Suasana latar tempat yang digambarkan oleh penulis menunjukkan suasana atau keadaan penduduk Tanah Melayu yang ketika itu sibuk dan berusaha menyertai pelbagai kongres dan persatuan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Tidak terkecuali juga penulis telah mengangkat peranan wanita pada ketika itu yang turut bersama kaum lelaki memperjuangkan kemerdekaan negara. Cerpen yang dihasilkan oleh penulis sangat dekat dengan pemuda dan pemudi pada masa tersebut kerana ia bertemakan percintaan dan perjuangan. Seorang wanita yang terpaksa melepaskan seorang jejaka yang dicintainya demi perjuangan yang diinginkannya iaitu terhapusnya kelas-kelas dalam masyarakat sosial. Penulis juga menceritakan keadaan ekonomi masyarakat melayu yang sangat miskin di kawasan pedalaman seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang serta anak-anak muda yang terpaksa berhijrah ke tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan bagi menampung kehidupan. Turut tidak ketinggalan, penulis menggambarkan keadaan sebenar penjajah iaitu orang putih yang memperhambakan orang-orang yang bekerja dengan mereka sebagai kuli dan memberikan gaji yang rendah dan tidak bersesuaian dengan kerja yang diberikan. Penulis begitu terkesan dengan sikap penjajah yang berat sebelah dan tidak memberikan keadilan yang sewajarnya sedangkan merekalah yang mengambil negara orang lain secara tipu daya dan berlagak sebagai pemilik sebenar. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh Keris Mas sangat mudah difahami oleh seluruh lapisan masyarakat walaupun terdapat beberapa perkataan yang digunakan daripada bahasa melayu klasik yang mungkin sukar difahami oleh anak muda masa kini. Penulis berjaya menghidupkan imaginasi pembaca dengan kepintaran penulis menguasai teknik-teknik tertentu untuk menggambarkan sesuatu keadaan. Penulis juga cuba menarik perhatian pembaca terhadap masalah ekonomi dan sosial yang dihadapi masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu. Secara keseluruhannya, cerpen yang dihasilkan oleh Keris Mas telah diolah dengan baik berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang mendapat pendidikan di pelbagai tempat dan digarapkan dalam cerpen yang dihasilkannya. Cerpen yang dihasilkan oleh beliau membuka mata masyarakat untuk sedar akan peri pentingnya sebuah perjuangan untuk mendapat kebebasan supaya tidak merasa sakitnya ditindas oleh orang asing. Generasi sekarang juga akan mendapat pengajaran dan mengetahui gambaran sebenar ketika negara melalui zaman penindasan dan semangat pemuda pemudi ketika itu yang berusaha untuk menggengam sebuah kemerdekaan melalui sebuah cerpen hasil garapan Keris Mas. 


             

Wednesday, 11 October 2017

ULASAN PUISI (Andai Hujan) OLEH NURAISHA

October 11, 2017 5 Comments




ANDAI HUJAN
 andai hujan hingga ke pagi,
selimut kan dirimu wahai teman,
agar tidak kesejukan nanti, sekadar rindu,
belum cukup untuk memanaskanmu.
andai hujan hingga ke pagi,
lelapkanlah matamu wahai kawan,
agar tidak kesiangan nanti, sekadar rindu,
belum utuh untuk menjagamu .
andai hujan hingga ke pagi,
lenakanlah anganmu sahabat hati,
agar tidak terleka nanti,
sekadar rindu,
belum sempurna hakikat itu. ​

Isha,2017

Puisi ini bertemakan persahabatan. Ingatan seorang sahabat kepada sahabat yang dirinduinya. Dia menasihati sahabatnya agar sentiasa menjaga diri agar tidak ditimpa sebarang masalah kelak. Dia berada jauh dari sahabatnya itu dan tidak dapat berada di sisi temannya ketika temannya berada dalam kesusahan. Rindu yang dimiliki dalam jiwanya juga tidak dapat dizahirkan dan belum cukup untuk menjaga sahabatnya itu. Dia juga memberitahu sahabatnya untuk berhenti berangan-angan kepada sesuatu yang tidak pasti supaya tidak terleka mengejar angan-angan palsu itu. Kelebihan puisi ini ialah ia dihasilkan dengan bahasa yang unik dan memiliki makna yang mendalam sehingga pembaca juga dapat merasakan bagaimana perasaan rindu tersebut kepada seorang sahabat. Walaubagaimanapun, puisi ini juga mempunyai beberapa kekurangan iaitu bahasa yang ditulis agak sukar untuk difahami sehingga pembaca perlu membaca berulang-ulang kali serta betul-betul memahami sehingga dapat memahami maksud tersirat yang ingin disampaikan. Namun, puisi ini dapat menyampaikan nilai murni tentang kepentingan sebuah persahabatan yang berteraskan kasih sayang dan mengambil berat antara satu sama lain.

             




Monday, 9 October 2017

KRITIKAN E-SASTERA (Di Bawah Lindungan Kaabah) OLEH FATIN MAISARAH

October 09, 2017 4 Comments
KRITIKAN E-SASTERA
KRITIKAN NOVEL
TAJUK : DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH
KARYA : HAMKA AMRU’LLAH
DITERBITKAN OLEH : DINAS PENERBITAN BALAI PUSTAKA
CETAKKAN : KEENAM
TAHUN : 1956
PENGKRITIK : FATIN MAISARAH
ULASAN NOVEL








Sinopsis Novel

Dikisahkan ada seorang pemuda bernama Hamid, sejak berumur empat tahun telah ditinggal mati ayahnya. Ayah Hamid sebelumnya adalah seorang yang kaya. setelah perniagaannya jatuh dan menjadi melarat,sahabat dan sanak saudara yang dulu banyak, tak ada lagi sanak saudara dan sahabatnya yang datang. Karena sudah tak terpandang lagi oleh orang-orang sekitarnya itu, maka pindahlah ayah Hamid beserta ibunya ke kota Padang, yang akhirnya dibuatnya sebuah rumah kecil. Di tempat itulah ayah Hamid meninggal.
Tatkala Hamid berumur enam tahun, untuk membantu ibunya ia minta kepada ibunya agar dibuatkan jualan kue-kue untuk dijajakan setiap pagi.
Ada tetangga baru di dekat rumah hamid terdapat sebuah gedung besar yang berpekarangan luas. Rumah itu telah kosong karena pemiliknya, seorang Belanda, telah kembali ke negerinya. Hanya penjaganya yang masih tinggal, yakni seorang laki-laki tua yang bernama Pak Paiman. Tetapi tak lama kemudian, rumah itu dibeli oleh seorang-orang kaya yang bernama Haji Jakfar. Isterinya bernama Mak Asiah dan anaknya hanya seorang perempuan saja yang bernama Zainab.
Mak Asiah senang memanggil Hamid setiap pagi  karena hendak membeli makanan yang dijualnya itu. Pada waktu itu juga ia ditanya oleh Mak Asiah tentang orang tuanya dan tempat tinggalnya. Setelah Hamid menjawab pertanyaan itu, Mak Asiah pun meminta kepada Hamid agar ibunya datang ke rumahnya. Sejak kedatangan ibu Hamid ke rumah Mak Asiah itulah, maka persahabatan mereka itu menjadi karib dan Hamid beserta ibunya sudah dianggap sebagai keluarganya sendiri.
Akhirnya Hamid dibiayai noleh haji Jakfar,suami mak Asiah,juga disekolahkan bersama-sama anaknya, Zainab, yang umurnya lebih muda daripada Hamid. Pergaulan Hamid dengan Zainab, seperti pergaulan antara kakak dengan adik saja. Setelah tamat dari SD, Hamid dan Zainab pun sama-sama dilanjutkan sekolahnya ke Mulo.
Setelah keduanya tamat dari Mulo, barulah Hamid berpisah dengan Zainab. Keduanya sebenarnya telah saling jatuh cinta.Namun Hamid sadar akan statusnya.Zainabpun  harus masuk pingitan,menurut adat didesa itu. sedang Hamid yang masih dibiayai oleh Haji Jakfar, meneruskan pelajaran ke sekolah agama di Padangpanjang. Di sekolah itulah Hamid mempunyai seorang teman laki-laki yang bernama Saleh.
Pada suatu petang, tatkala Hamid pergi berjalan-jalan di pesisir, bertemulah ia dengan Mak Asiah yang baru datang dari berziarah ke kubur suaminya. Ia naik perahu sewaan bersama-sama dua orang perempuan tua lainnya. 
Pada pertemuan itulah Mak Asiah mengharapkan kedatangan Hamid ke rumahnya pada keesokan harinya, karena ada suatu hal penting yang hendak dibicarakannya. Setelah Hamid datang pada keesokan harinya ke rumah Mak Asiah, maka Hamid pun dimintai tolong oleh Mak Asiah agar ia mau membujuk Zainab untuk bersedia dinikahkan dengan kemenakan Haji Jakfar yang pada waktu itu masih bersekolah di Jawa. Tetapi permintaan itu ditolak oleh Zainab dengan alasan ia belum lagi hendak menikah.
Penolakan itu sebenarnya disebabkan Zainab sendiri telah jatuh cinta kepada Hamid. Bagi Hamid sendiri, sebenarnya ia cinta kepada Zainab, hanya cintanya itu tidak dinyatakan berterus terang kepada Zainab.
Karena itulah, sebenarnya suruhan Mak Asiah itu bertentangan dengan isi hatinya. Tetapi karena ia telah berhutang budi kepada Mak Asiah, maka dilaksanakan permintaan tersebut. Setelah kejadian itu Hamid pun pulang ke rumahnya, tetapi sejak itu, ia tidak pernah lagi datang ke rumah Mak Asiah, karena sejak itu ia meninggalkan kota Padang menuju Medan dan selanjutnya pergi ke tanah Suci Mekah. Dari Medan Hamid berkirim surat kepada Zainab untuk minta diri pergi menurutkan kemana arah kakinya berjalan. Surat Hamid itulah yang selalu mendampingi Zainab yang dalam kesepian itu.
Sementara itu dikota suci mekah,Hamid bertemu dengan Saleh,temannya dahulu. Hamid menceritakan segala perasaannya pada Zainab kepada Saleh.cinta mereka tidak bisa disatukan karena  ibu Hamid sendiri melarang Hamid untuk mencintai Zainab,karena ibu Hamid merasa tidak pantas.sementara Ternyata Saleh adalah suami dari Rosna,Rosna sendiri adalah sahabat Zainab. Rosna dan saleh saling bercerita,berkirim surat tentang kisah Hamid dan Zainab.Zainab yang sedih berlebihan,karena cinta yang tidak bisa bersatu dengan Hamid,akhirnya menjadi sakit hingga akhirnya meninggal.
Karena terlalu cintanya Hamid pada Zainab, terlebih mendengar Zainab yang meninggal dunia, Hamid pun tak kuasa menahan sedih.Selalu memikirkan Zainab, hingga akhirnya Hamid jatuh sakit dan meninggal dibawah lindungan ka'bah. 

  
KRITIKAN

Nama penuhnya adalah Haji Abdul Malik Karim Amrullah, disingkatkan menjadi Hamka. Siapa yang tidak mengenal Hamka di Nusantara? Seorang insan yang dilahirkan pada 17 Februari 1908 ini akhirnya membesar menjadi salah seorang daripada ilmuan tersohor di Nusantara, dan mengarang pelbagai penulisan yang bermanfaat buat umat Islam, antara karyanya adalah kitab Tafsir Al-Azhar. Pelbagai macam karya dan penulisan yang telah beliau hasilkan dalam bidang agama, untuk membangunkan minda umat yang terlena, menuju pembaharuan dan tajdid.

Lebih hebat daripada itu, bagi mereka yang membaca sejarah hidup tokoh pembaharuan Nusantara ini, beliau bukan sahaja seorang ilmuan agama, tetapi beliau juga merupakan seorang sasterawan yang istimewa. Insya' Allah, pada kali ini saya akan cuba membawa anda mengenali Hamka sebagai seorang ahli sastera, melalui sebuah karyanya yang bertajuk Di Bawah Lindungan Ka'abah.

Dalam setiap karya sastera Hamka, beliau bukan hanya menulis untuk membuai rasa setiap pembaca karyanya. Bahkan, lebih daripada itu Hamka seringkali menyelitkan di dalam setiap sajian sasteranya bermacam pengajaran yang berunsurkan agama.

Salah satu karya yang cukup menarik pada pandangan saya, adalah bukunya Di Bawah Lindungan Ka'abah. Kisah di dalamnya cukup meruntun serta mengusik jiwa, dan mampu membuatkan pembaca menitiskan air mata, bagi mereka yang menghayatinya. Novel ini mempunyai alur yang dapat membawa pembaca merasakan apa yang dirasakan Hamid dan Zainab, bagus dan kental akan keagamaanya meskipun bercerita mengenai percintaan,memberikan banyak pesan  religius salah satunya dapat memberitahukan bahwa kita harus bersikap dermawan dan dapat peduli kepada orang lain yang membutuhkan pertolongan kita meskipun itu dari kalangan bawah.

Di Bawah Lindungan Kaa'abah mengisahkan mengenai dua insan, Hamid dan Zainab yang jatuh cinta, datang daripada dua darjat berbeza. Berbeza pada pandangan mata dan penilaian manusia dari segi darjat dan pangkat. Di sini, kita dapat melihat bagaimana pandangan manusia terhadap darjat dan status sosial itu memisahkan dua jiwa, membuatkan kebahagian sepatutnya dikecapi dirampas tanpa belas kasihan.
Berikut adalah sedikit daripada petikan cerita yang disalin daripada bahagian kulit belakang buku, Di Bawah Lindungan Ka'abah.
".... Baru sekarang adinda beroleh berita di mana abang sekarang. Telah hampir dua tahun hilang saja dari mata, laksana seekor burung yang terlepas dari sangkarnya sepeninggal empunya pergi. Kadang-kadang adinda sesali diri sendiri, agaknya adinda telah bersalah besar, sehingga kakanda pergi tanpa memberi tahu lebih dahulu.
Hanya kepada surat abang itu, surat yang hanya sekali itu dinda terima selama hidup, adinda tumpahkan air mata, kerana hanya menumpahkan air mata itulah kepandaian yang paling penghabisan bagi orang perempuan. Tetapi surat itu bisu, meskipun ia telah lapuk dalam lipatan dan telah layu kerana kerap dibaca, rahsia itu tidak juga dapat dibukanya.
Sekarang abang, badan adinda sakit-sakit, ajal entah berlaku pagi hari, entah esok petang, gerak Allah siapa tahu. Besarlah pengharapan bertemu..."
Premis cerita ini adalah klasik, memandangkan masanya adalah sekitar tahun 1927, serta berlandaskan sebuah kisah benar yang berlaku terhadap seseorang yang Hamka kenali.

Bacalah kisah ini, anda pasti tidak akan mengakhiri pembacaan anda dengan kosong, kerana disebalik lembaran kertas itu tertulis hikmah dan pengajaran yang boleh kita renungi bersama...

Sunday, 8 October 2017

ULASAN CERPEN (Si Budak Penjual Kuih) OLEH AMIRA NOOR

October 08, 2017 4 Comments
sumber : google 

TAJUK CERPEN : SI BUDAK PENJUAL KUIH
SUMBER RUJUKAN : PENGAJARAN KISAH TAULADAN  
PENGULAS : NURUL AMIRA

Cerpen yang telah saya ialah Si Budak Penjual Kuih. Cerpen ini di ambil dari laman sesawang blogspot Kisah Tauladan yang dimuat naik pada pukul 8.58 pagi. Saya memilih novel ini untuk membuat ulasan cerpen kerana cerpen ini mempunyai banyak pengajaran dan nilai murni.
Sinopsis cerpen ini mengisahkan seorang pemuda yang berhenti di sebuah restoran untuk -mengisi perut. Tiba-tiba beliau dikunjungi oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menjual kuih kepadanya dan dia menolak dengan baik perlawaan kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu masih lagi tidak putus asa dan masih menjual kuih-muih itu walaupun tiada orang membeli kuihnya. Kanak-kanak itu sekali lagi mempelawa pemuda itu membeli kuih dan dia menolak dengan baik lantas menghulurkan RM10 kepadanya. Tiba-tiba kanak-kanak tersebut memberi wang itu kepada seorang pengemis yang buta. Pemuda itu terus memanggil budak itu dan bertanya mengapa berikan wang itu kepada pengemis dan dia menyatakan bahawa dia tidak boleh mengambil wang tersebut kerana ibunya akan memarahi jika dia mengemis sedangkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat. Pemuda itu berasa sebak dan terus membeli kesemua kuih yang dijual oleh kanak-kanak itu
Cerpen ini membawa tema kejujuran. Kanak-kanak itu tidak mengambil wang diberi oleh pemuda itu dan jujur dalam menjual kuih-muih tersebut. Sikap kanak-kanak tersebut tentu bukan semua orang boleh bersikap sedemikian apabila melihat wang. Cerpen ini sesuai di baca pada semua peringkat umur. Persoalan yang timbul selepas membaca novel ini ialah persoalan ketabahan seorang kanak-kanak dalam mencari rezeki. Kanak-kanak itu tidak berputus asa menjual kuih-muihnya walaupun orang yang dikunjunginya tidak mahu membeli kuih yang dijual olehnya.
          Cerpen ini mempunyai beberapa nilai dan pengajaran yang universal. Nilai kerajinan dan sifat berdikari ditonjolkan dalam cerpen ini melalui watak kanak-kanak tersebut. Walaupun masih kecil dia tetap menolong ibunya menjual kuih-muih untuk mencari rezeki dan tidak bersungut jika tiada orang ingin membeli kuih darinya. Sepatutnya dalam usia sebegitu dia masih bermain bersama teman seusianya. Seterusnya ialah nilai baik hati. Walaupun pemuda itu tidak membeli kuih yang dijual oleh kanak-kanak itu, dia memberi duit RM10 kepada kanak-kanak dan di akhir cerita dia membeli semua kuih yang dijual oleh kanak-kanak tersebut. Pengajaran untuk cerita ini ialah kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan apa jua pekerjaan dan mencari rezeki yang halal.

Kesimpulannya, cerpen ini memberi manfaat kepada pembaca. Nilai kerajinan dan sikap berdikari yang terpapar dalam cerpen ini dapat dijadikan teladan untuk kita semua. Dengan adanya ulasan cerpen ini kita akan sedar bahawa kita perlulah bekerja untuk mendapatkan rezeki bukannya mengemis kerana kita telah diberikan kesihatan yang sihat. Penulisan di dalam cerita ini juga mudah difahami oleh pembaca dan sesuai dibaca di semua peringkat umur.