Sunday, 8 October 2017

ULASAN CERPEN (Si Budak Penjual Kuih) OLEH AMIRA NOOR

sumber : google 

TAJUK CERPEN : SI BUDAK PENJUAL KUIH
SUMBER RUJUKAN : PENGAJARAN KISAH TAULADAN  
PENGULAS : NURUL AMIRA

Cerpen yang telah saya ialah Si Budak Penjual Kuih. Cerpen ini di ambil dari laman sesawang blogspot Kisah Tauladan yang dimuat naik pada pukul 8.58 pagi. Saya memilih novel ini untuk membuat ulasan cerpen kerana cerpen ini mempunyai banyak pengajaran dan nilai murni.
Sinopsis cerpen ini mengisahkan seorang pemuda yang berhenti di sebuah restoran untuk -mengisi perut. Tiba-tiba beliau dikunjungi oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menjual kuih kepadanya dan dia menolak dengan baik perlawaan kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu masih lagi tidak putus asa dan masih menjual kuih-muih itu walaupun tiada orang membeli kuihnya. Kanak-kanak itu sekali lagi mempelawa pemuda itu membeli kuih dan dia menolak dengan baik lantas menghulurkan RM10 kepadanya. Tiba-tiba kanak-kanak tersebut memberi wang itu kepada seorang pengemis yang buta. Pemuda itu terus memanggil budak itu dan bertanya mengapa berikan wang itu kepada pengemis dan dia menyatakan bahawa dia tidak boleh mengambil wang tersebut kerana ibunya akan memarahi jika dia mengemis sedangkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat. Pemuda itu berasa sebak dan terus membeli kesemua kuih yang dijual oleh kanak-kanak itu
Cerpen ini membawa tema kejujuran. Kanak-kanak itu tidak mengambil wang diberi oleh pemuda itu dan jujur dalam menjual kuih-muih tersebut. Sikap kanak-kanak tersebut tentu bukan semua orang boleh bersikap sedemikian apabila melihat wang. Cerpen ini sesuai di baca pada semua peringkat umur. Persoalan yang timbul selepas membaca novel ini ialah persoalan ketabahan seorang kanak-kanak dalam mencari rezeki. Kanak-kanak itu tidak berputus asa menjual kuih-muihnya walaupun orang yang dikunjunginya tidak mahu membeli kuih yang dijual olehnya.
          Cerpen ini mempunyai beberapa nilai dan pengajaran yang universal. Nilai kerajinan dan sifat berdikari ditonjolkan dalam cerpen ini melalui watak kanak-kanak tersebut. Walaupun masih kecil dia tetap menolong ibunya menjual kuih-muih untuk mencari rezeki dan tidak bersungut jika tiada orang ingin membeli kuih darinya. Sepatutnya dalam usia sebegitu dia masih bermain bersama teman seusianya. Seterusnya ialah nilai baik hati. Walaupun pemuda itu tidak membeli kuih yang dijual oleh kanak-kanak itu, dia memberi duit RM10 kepada kanak-kanak dan di akhir cerita dia membeli semua kuih yang dijual oleh kanak-kanak tersebut. Pengajaran untuk cerita ini ialah kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan apa jua pekerjaan dan mencari rezeki yang halal.

Kesimpulannya, cerpen ini memberi manfaat kepada pembaca. Nilai kerajinan dan sikap berdikari yang terpapar dalam cerpen ini dapat dijadikan teladan untuk kita semua. Dengan adanya ulasan cerpen ini kita akan sedar bahawa kita perlulah bekerja untuk mendapatkan rezeki bukannya mengemis kerana kita telah diberikan kesihatan yang sihat. Penulisan di dalam cerita ini juga mudah difahami oleh pembaca dan sesuai dibaca di semua peringkat umur.

4 comments:

  1. sedihnya cerpen ini. tersedar saya yang masih sihat tubuh badan ini

    ReplyDelete
  2. Jujurnya budak tu.

    ReplyDelete
  3. Orang jujur akan sentiasa beruntung

    ReplyDelete