ANDAI HUJAN
andai hujan hingga ke pagi,
selimut kan dirimu wahai teman,
agar tidak kesejukan nanti, sekadar rindu,
belum cukup untuk memanaskanmu.
andai hujan hingga ke pagi,
lelapkanlah matamu wahai kawan,
agar tidak kesiangan nanti, sekadar rindu,
belum utuh untuk menjagamu .
andai hujan hingga ke pagi,
lenakanlah anganmu sahabat hati,
agar tidak terleka nanti,
sekadar rindu,
belum sempurna hakikat itu.
Isha,2017
Puisi ini bertemakan persahabatan. Ingatan
seorang sahabat kepada sahabat yang dirinduinya. Dia menasihati sahabatnya agar
sentiasa menjaga diri agar tidak ditimpa sebarang masalah kelak. Dia berada
jauh dari sahabatnya itu dan tidak dapat berada di sisi temannya ketika
temannya berada dalam kesusahan. Rindu yang dimiliki dalam jiwanya juga tidak
dapat dizahirkan dan belum cukup untuk menjaga sahabatnya itu. Dia juga
memberitahu sahabatnya untuk berhenti berangan-angan kepada sesuatu yang tidak
pasti supaya tidak terleka mengejar angan-angan palsu itu. Kelebihan puisi ini
ialah ia dihasilkan dengan bahasa yang unik dan memiliki makna yang mendalam
sehingga pembaca juga dapat merasakan bagaimana perasaan rindu tersebut kepada
seorang sahabat. Walaubagaimanapun, puisi ini juga mempunyai beberapa
kekurangan iaitu bahasa yang ditulis agak sukar untuk difahami sehingga pembaca
perlu membaca berulang-ulang kali serta betul-betul memahami sehingga dapat
memahami maksud tersirat yang ingin disampaikan. Namun, puisi ini dapat
menyampaikan nilai murni tentang kepentingan sebuah persahabatan yang
berteraskan kasih sayang dan mengambil berat antara satu sama lain.
Beruntungnya ada kawan sebaik ini
ReplyDeleteSemoga saudara/saudari juga mempunyai sahabat sebaik ini :)
ReplyDeleteKawan seribu kita boleh cari tapi sahabat sejati sukar ditemui.. Apabila kita temui hargai sahabat itu.. Tq utk berkongsi sajak ini.. Good job!
ReplyDeleteiya betul tu. sahabat sejati selalu ada ketika susah dan senang
DeleteKawan seribu kita boleh cari tapi sahabat sejati sukar ditemui.. Apabila kita temui hargai sahabat itu.. Tq utk berkongsi sajak ini.. Good job!
ReplyDelete