ULASAN PUISI

ANDAI HUJAN
andai hujan hingga ke pagi,
 selimut kan dirimu wahai teman, 
agar tidak kesejukan nanti,
 sekadar rindu,
 belum cukup untuk memanaskanmu. 
andai hujan hingga ke pagi, 
lelapkanlah matamu wahai kawan, 
agar tidak kesiangan nanti, 
sekadar rindu,
 belum utuh untuk menjagamu.
 andai hujan hingga ke pagi, 
lenakanlah anganmu sahabat hati,
 agar tidak terleka nanti,
 sekadar rindu,
 belum sempurna hakikat itu. ​

 Isha,2017

Puisi ini bertemakan persahabatan. Ingatan seorang sahabat kepada sahabat yang dirinduinya. Dia menasihati sahabatnya agar sentiasa menjaga diri agar tidak ditimpa sebarang masalah kelak. Dia berada jauh dari sahabatnya itu dan tidak dapat berada di sisi temannya ketika temannya berada dalam kesusahan. Rindu yang dimiliki dalam jiwanya juga tidak dapat dizahirkan dan belum cukup untuk menjaga sahabatnya itu. Dia juga memberitahu sahabatnya untuk berhenti berangan-angan kepada sesuatu yang tidak pasti supaya tidak terleka mengejar angan-angan palsu itu. Kelebihan puisi ini ialah ia dihasilkan dengan bahasa yang unik dan memiliki makna yang mendalam sehingga pembaca juga dapat merasakan bagaimana perasaan rindu tersebut kepada seorang sahabat. Walaubagaimanapun, puisi ini juga mempunyai beberapa kekurangan iaitu bahasa yang ditulis agak sukar untuk difahami sehingga pembaca perlu membaca berulang-ulang kali serta betul-betul memahami sehingga dapat memahami maksud tersirat yang ingin disampaikan. Namun, puisi ini dapat menyampaikan nilai murni tentang kepentingan sebuah persahabatan yang berteraskan kasih sayang dan mengambil berat antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment